Kem Jati Diri Untuk Persediaan PMR

6 Januari 2014 – Seramai 179 pelajar Tingkatan 3 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah telah mengadakan satu Kem Jati Diri selama dua hari satu malam di Agrofarmstay @ Skill-Tech. Kem ini diadakan sempena persedian pelajar untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada Oktober 2014. Pelajar MRSM ini telah selamat sampai di Agrofarmstay @ Skill-Tech pada pukul 8.30 pagi dan telah didedahkan dengan suasana persekitaran yang bersih serta alam sekitar yang nyaman, jauh daripada kebingitan kota. Para pelajar telah diberikan khemah dan membina khemah di kawasan yang telah ditempatkan. Kesemua pelajar tersebut memulakan aktiviti dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di Dewan Terbuka. Selesai makan tengah hari dan Solat Zohor mereka meneruskan kem dengan akitiviti ‘Outdoor’ di persekitaran Agrofarmstay @ Skill-Tech.

tn_GD9E7596 Para pelajar tersebut dikehendaki mengharungi cabaran di sepanjang perjalanan  trek yang telah ditetapkan. Antara halangan tersebut ialah halangan keseimbangan, memanjat tembok, mengharungi tasik serta paya lumpur dan sebagainya. Kami sempat menemu bual salah seorang peserta Kem Jati Diri untuk Persediaan PMR iaitu Nur Nisya Qistina binti Abdullah“Aktiviti yang diadakan sungguh menarik walaupun mencabar minda serta fizikal semua pelajar. Persekitaran tempat ini amat cantik dan semula jadi ditambah lagi dengan telatah itik-itik yang mencuit hati. Kami berharap agar dapat datang ke sini lagi nanti”. 

Sehubungan itu, seramai 350 pelajar Tingkatan 5 daripada MRSM yang sama juga hadir keesokkan harinya iaitu pada tarikh 7 Januari 2014 untuk mengadakan Kem Jati Diri untuk pesediaan SPM yang bakal mereka hadapi pada bulan November tahun ini. Rata-rata peserta amat seronok dan berharap agar dapat menjalani kem yang akan datang di sini lagi.