Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka

23 Februari 2018 – Pada 23 Feb hingga 25 Feb 2018 Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir, Melaka dengan diketuai oleh Cikgu Bashah telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Badan Beruniform Pengakap. Mereka memilih pakej Agrocamp yang kami sediakan untuk sekolah-sekolah dengan dibantu oleh jurulatih Agrofarmstay. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah ice breaking, night walk, ceramah keagamaan, water confidence, jungle trekking, ceramah motivasi kepimpinan serta senamrobik.