Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor

30 Mac 2018 – Kolej Vokasional Tanjung Puteri (KVTP) Johor telah mengadakan Kem Kepimpinan pada 30 Mac hingga 1 April 2018 di Resort Agrofarmstay, Melaka. Ianya disertai oleh seramai 40 murid dan 2 guru pengiring. Jurulatih terlatih dari Agrofarmstay, Encik Halim yang mempunyai banyak pengalaman telah menjalankan kursus kepimpinan ini.

Cikgu Asmahani dari KVTP mengetuai program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah ice breaking, obstacle race, ceramah kepimpinan dan bina menara kerjasama. Pasti pelajar KV ini mendapat banyak manafaat dari kursus ini.