Guest Photos

Hanan Group, Melaka

Check-in Date: 19-07-2025
Check-out Date: 19-07-2025

Hanan Group Melaka telah memilih pakej Korporat Outdoor Adventure Day Event yang bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Seramai 15 peserta telah mengikuti pakej ini di Agrofarmstay. Mereka telah memilih aktiviti bina rakit serta perlumbaan rakit. Pakej ini termasuk sarapan pagi dan makan tengahari.
See More

PASTI As-Solihin, Merlimau, Melaka

Check-in Date: 09-07-2025
Check-out Date: 09-07-2025

Tadika PASTI As-Solihin, Merlimau telah mengadakan satu program mengenali tanaman. Seramai 55 murid dan 6 guru pengiring telah hadir bersama. Program berjalan dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Antara aktiviti selain dari mengenali pokok2 serta menanam pokok, kanak-kanak di bawa melawat ke Pet House dan Taman Herbal berdekatan. Satu aktiviti mewarna juga telah dijalankan. Semua seronok bagi makan kepada kambing di Pet House.
See More

Tadika Inspirasi Dinamik, Melaka

Check-in Date: 05-07-2025
Check-out Date: 05-07-2025

Tadika ini yang terletak di Taman Cheng Bestari telah mengadakan program Day Event dari 9 pagi hingga 2 petang. Seramai 34 kanak-kanak dan 40 ibu bapa telah hadir. Aktiviti sukaneka yang terdiri dari 5 permainan kanak-kanak dan dewasa telah di kendalikan oleh pihak Agrofarmstay. Kami hanya kenakan harga yang cukup istimewa iaitu RM15 untuk kanak-kanak dan RM20 seorang sahaja untuk dewasa termasuk penggunaan dewan palma, minum pagi dan makan tengahari.
See More

Earth Calling Boot Camp: Empowering Young Citizens to Combat Climate Change

Check-in Date: 10-01-2025
Check-out Date: 12-01-2025

UTM as the main coordinator for the Earth Calling Boot Camp has decided to have their boot camp at Agrofarmstay, Melaka. Participants include 102 students from primary schools and the rest are facilitators, teachers and project members. VIP members also include representatives from Aeif US Embassy. Day 1 of the Earth Calling Bootcamp! A day full of inspiring sessions, meeting amazing people, and diving into the pressing issues of sustainability. Day 2 Exploring deeper insights, learning impactful strategies, and getting hands-on with solutions for a sustainable future. Day 3 Final day of the Earth Calling Bootcamp! Wrapping up three days of learning, collaboration, and action for a better planet Thank you for having your Boot Camp at Agrofarmstay…
See More

Pusat Tuisyen Harmoni Ceria, Batu Berendam, Melaka

Check-in Date: 03-01-2025
Check-out Date: 05-01-2025

Seramai 40 pelajar dan 6 guru pengiring telah mengadakan program di Agrofarmstay. Sepanjang 3 hari 2 malam itu mereka mengadakan aktiviti sendiri serta campfire. Mesej dari Mr Neo selepas program... "Budak-budak semua sangat seronok. Terima kasih banyak kepada pihak pengurusan juga. Semuanya mesra dan memberi layanan yang cukup baik."
See More

Family Day Nismilan LHDN 2024 (Day Event)

Check-in Date: 26-10-2024
Check-out Date: 26-10-2024

LHDN Negeri Sembilan telah mengadakan acara Family Day satu hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Dengan penyertaan peserta seramai hampir 480 orang, suasana sangat meriah. Ini pertama kali pihak Agrofarmstay menganjurkan acara day event sebesar ini tapi alhamdullilah semua berjalan lancar dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak LHDN dan Agrofarmstay. Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka dewasa dan kanak-kanak, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, sukan rekreasi di kolam renang dan lumba rakit. Memang event ini cukup meriah.... Sebahagian dari staff telah bermalam di Resort bagi membuat persiapan keesokkan harinya.
See More

SRA JAIM Kg Gelam, Melaka

Check-in Date: 19-10-2024
Check-out Date: 20-10-2024

Adik-adik pelajar dari SRA JAIM Kg Gelam telah mengadakan aktiviti ‘outdoor adventure’ selama 2 hari 1 malam. Aktiviti yang diadakan adalah treasure hunt, tactical game dan obstacle race. Bukan sahaja aktiviti yang menguji minda malah menguji juga kekuatan fizikal.
See More

AADK Batu Pahat

Check-in Date: 04-10-2024
Check-out Date: 05-10-2024

Kumpulan dari AADK Batu Pahat seramai 32 orang datang buat kali kedua bagi mengadakan program di resort kami. Program kali ini adalah untuk pegawai AADK dan memilih Pakej Korporat Outdoor Adventure selama 2 hari 1 malam. Aktiviti yang diadakan adalah treasure hunt dan tactical game.
See More

Sekolah Kebangsaan Selandar, Melaka

Check-in Date: 28-09-2024
Check-out Date: 29-09-2024

Sekolah SK Selandar telah mengambil pakej Outdoor Adventure Camp selama 2 hari 1 malam. Pakej ini memang popular dikalangan pelajar sekolah. Seramai 44 pelajar telah hadir untuk program ini diiringi oleh 2 pentadbir sekolah. Mereka memilih 3 aktiviti iaitu sukan rakyat, obstacle race dan tactical game.
See More

Program Kem SMART bersama AADK Batu Pahat

Check-in Date: 27-09-2024
Check-out Date: 28-09-2024

Seramai 40 orang peserta dan 10 orang urusetia dari AADK Batu Pahat telah mengadakan Program Kem SMART selama 2 hari 1 malam. Pakej yang dipilih ialah Outdoor Adventure termasuk 3 aktiviti iaitu larian berhalangan (obstacle race), bina dan lumba rakit.
See More
1 2 3 5
crossmenu